dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Promosi Kempen Internet Selamat Di Sekolah Daerah Kulai

3 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2026, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan promosi Kempen Internet Selamat dibawah arahan MCMC kepada pengurusan sekolah-sekolah di daerah Kulai. Wakil bagi setiap NADI yang berada di bawah Kluster Kulai ditugaskan oleh MCMC untuk mermbuat promosi Kempen Internet Selamat di Sekolah-sekolah daerah Kulai. Sehubungan dengan itu, NADI Felda Taib Andak telah diamanahkan untuk mempromosikan Kempen ini di SK Taman Muhibbah, SK Pulai Emas dan SK Putra Utama.

Promosi ini bertujuan untuk memberi info kepada pihak pengurusan sekolah berkaitan inisiatif MCMC ini. Kempen Internet Selamat ini sangat penting kepada murid dan pelajar sekolah. Dengan cabaran digitalisasi zaman moden ini, bahaya internet semakin berleluasa dan kanak-kanak sering menjadi mangsa kesan negetif penggunaan internet ini.

Diharap dengan promosi ini dapat memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah terhadap keselamatan internet anak-anak pada generasi kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.