E-Sukan - Pertandingan Mlbb Nadi Peringkat Negeri Johor MUSIM 4
19 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x E-Sukan merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, Pihak NADI x E-sukan akan mengadakan pertandingan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) sesi ke-4 bagi tahun 2026. Pada 18 Julai 2026, NADI Felda Taib Andak telah menghantar wakil MLBB yang juga merupakan juara bagi peringkat saringan NADI ke peringkat Negeri johor.
Pertandingan ini dijalankan di secara atas talian yang terdiri daripada 5 orang pemain sebagaiu wakil NADI Felda Taib Andak untuk bertandingan. Selain itu, taklimat kesedaran E-Sukan turut ditayangkan sebelum pertandingan bermula.
Pertandingan MLBB ini berlangsung dengan meriah dan pertarungan yang sangat hebat diantara kumpulan yang menyertai. Progam ini bertujuan untuk memupuk minat komuniti dan pelajar dalam dunia E-Sukan dimana mereka boleh mendapatkan manfaat dalam bidang ini. Serta dapat membuka peluang kerjaya kepada mereka dimasa akan datang. Selain itu dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara NADI dan penduduk setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: