NADI x MAHIR : Mahir Masak – Pembuatan Tapak Pizza
15 September 2025 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x MAHIR merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, Pihak NADI x MAHIR telah mengadakan satu program Mahir Masak dimana kelas memasak yang akan diajar oleh seorang yang pakar dalam bidang masakan pastry dan western. Kelas mahir masak ini diadakan setiap minggu dan peserta bebas memilih waktu kelas yang mereka suka. Pada 14 September 2025, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan kelas Mahir Masak dengan tajuk “Pembuatan Tapak Pizza”.
Terdapat seramai 2 orang peserta telah menyertai program kelas mahir masak ini. Kelas ini sangat bermanfaat kepada para peserta. Lebih lagi, para peserta tersebut mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pembuatan pizza (Pastry/Bakery). Dengan adanya kelas mahir masak ini dapat membantu para peserta ini mengembangkan kerjaya mereka dalam bidang bakery dan masakan sekaligus dapat membantu mereka mendapatkan idea jualan.
Program seperti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta terhadap dunia masakan tanpa mengira usia dari kanak-kanak hingga warga emas. Didalam era jualan diatas talian ini, kelas mahir seperti ini sangat membantu para usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dalam bidang penjualan makanan. Jadi, kewujudan kelas dan program seperti ini sangat membantu komuniti setempat sejajar dengan perkembangan ekomoni yang semakin memuncak. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: