PROGRAM CUTI SEKOLAH : KIS & KITA
24 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x Kempen Internet Selamat merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, semperna musim cuti persekolahan ini, pihak NADi teah mengadakan program cuti sekolah : KIS & KITA dibawah pillar Kempen Internet Selamat. Program menarik ini menggalak peserta mengasah minda sambil belajar tentang keselamatan internet. Webinar ini telah berlangsung dari jam 10:00 Pagi hingga 11:00 Pagi dengan kehadiran seramai 5 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 7 tahun hingga 12 tahun.
Objektif webinar ini diadakan untuk mengajar peserta tentang apa itu keselamatan internet dan kesan-kesannya melalui aktiviti teka silang kata. Selain itu, para pelajar juga dapat memahami akan bahaya jika jejak digital mereka disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Diharapkan webinar seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: