PROGRAM CUTI SEKOLAH : KIS WAR
24 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x Kempen Internet Selamat merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, semperna musim cuti persekolahan ini, pihak NADi teah mengadakan program cuti sekolah : KIS WAR dibawah pillar Kempen Internet Selamat. Program menarik ini menggalak peserta mengasah minda sambil belajar tentang keselamatan internet. Webinar ini telah berlangsung dari jam 11:00 Pagi hingga 11:30 Pagi dengan kehadiran seramai 6 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 13 tahun hingga 17 tahun.
Objektif webinar ini diadakan untuk mengajar peserta tentang apa itu keselamatan internet dan kesan-kesannya melalui aktiviti interaktif kuiz. Selain itu, para pelajar juga dapat memahami akan bahaya jika internet disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Diharapkan webinar seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: